Monday, July 18, 2011

Genting Sempah Downhill #1 - Edisi Driver Lori Sial

Kejadian nih berlaku pada pagi Sabtu 16 Julai 2011. Lebih kurang dlm pukul 11 pagi camtu lah. Masa nih on the way turun selepas sampai ke puncak genting sempah. Pada selekoh 4 aku hampir2 kemalangan dengan 2 bijik lori. Nasib baik aku sempat brek emergency dengan tayar belakang dah sway kiri dan kanan. Masa tuh aku aimed betul2 tengah2 celah between lorries. Selepas menyedari kemalangan hampir berlaku driver lori cepat2 blah, dan serentak semasa basikal aku betul2 berhenti di tgh2 antara 2 kepala lori, aku terus melaung pada member2 belakang supaya memperlahankan kelajuan (ada 3 lagi rider belakang yg baru nak keluar dari selekoh) . Apa kejadahnya dalam kepala otak 2 pemandu lori nih pegi stop tengah2 jalan selepas selekoh tajam. Yang nyata dua org nih mmg tengah bersembang, maybe tgh cerita pasal berapa trip, atau maybe tengah cerita pasal kat mana nak pegi mabuk. So berhati2 pada semua rider sama ada basikal, motosikal, superbikes, pemandu kereta, dll.. kerana kemungkinan besar anda akan ketemu lagi dengan 2 pemandu otak yg letak kat tayar lori nih. Ni lah yang dikatakan org, kecik2 tak nak mampus, dah besar nak bunuh org.

No comments:

Post a Comment