Kayuhan menaiki Genting Sempah ini adalah sempena perasmian jersi rasmi EOCM Cycling Team (ECT). Seramai 30 rider ECT bersama-sama dengan proxy rider telah berjaya menakluk puncak Genting Sempah pada pagi tersebut. Syabas pada semua. Perjalanan aturcara berjalan lancar walaupun agak lewat tapi dengan izin Allah Taala, cuaca pada hari itu sangat baik, mendung hingga ke 11 pagi. Ov
erall satu program yg berjaya, yang julung-julung kali di anjurkan oleh ECT sempena merasmikan jersi baru. Terima kasih pada semua petugas dan marshall EOCM kerana bersama-sama ECT dalam membantu menjayakan program ini. Terima kasih pada Presiden EOCM iatu Saudara Andalas kerana sanggup meluangkan masa bersama-sama utk program hari nih. Terima kasih pada semua kaum ibu / isteri yg datang memeriahkan acara ini samaada untuk memberi sokongan atau bersantai di atas puncak Sempah. Terima kasih proxy rider yg turut sama berkayuh dengan ECT. Terima kasih utk makanan dan minuman yg disediakan, hadiah percuma dan tak lupa juga pada acara cabutan bertuah yang mana hadiah adalah sumbangan dari ahli ECT sendiri. Long story short, terima kasih pada semua. I lap u all. Peace!
More of pics, please click here
http://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=6082.630
Group pics sebelum memulakan kayuhan
Bermula di hospital menuju ke puncak Genting Sempah
Masa nih dah nak hampir sampai ke puncak
Last checkpoint di atas puncak Genting Sempah
Group pics sebagai kenang-kenangan tanda ECT telah berjaya ke sini.
Sebahagian para isteri yang datang memberi sokongan pada suami masing2.
Makanan memamg agak mewah. Terima kasih komiti yang menyediakan makan minum untuk para riders.
Kenderaan rasmi petugas dan marshall EOCM / ECT
Semua peserta di beri sijil penyertaan beserta dengan medal. Penasihat ECT Saudara Yusrin bersama dengan Presiden EOCM saudara Andalas.
Sebahagian dari acara lucky draw
Bersiap sedia untuk downhill. Last minute bicycle check.
Nikmat tak terhingga time turun :)
Terima kasih pada semua. Harap kita akan berjumpa lagi di ride yang akan datang. Adios!
No comments:
Post a Comment