Monday, June 20, 2011

Kulaijaya Extreme Cycling Carnival June 12, 2011

Berjaya menamatkan kayuhan 45km di tempat 388. Pada 10 km pertama berada di kelompok 250 rider, tetapi malang skali tayar pancit masa nak sampai kat 1st check point. dan lebih malang lagi bila nut QR tercabut hilang entah kemana. Masa tuh rasa mcm frust sangat kalo tak dapat tamatkan kayuhan oleh kerana nut QR yg kecik tu takde. So pada check point pertama terpaksa tunggu sehingga 30 minit hingga ke kelompok last rider. Ingatkan dah kena balik bodo jer ke tempat event, tapi nasib baik la ada sorang rider yang kelompok last tuh tarik diri. Pinjam dia punya nut kemudian pecut utk kejar kelompok last. Tapi silap sendiri masa tengah kejar kelompok tuh, dah lupa momentum kayuhan hingga menyebabkan betis cramp kiri dan kanan. Dari km 12 hinggalah ke km 45 finish line terpaksa kayuh lam keadaan cramp. Tak penah2 cramp masa kayuh jamboree atau mana2 ride, kali nih terkena. Dah la spray tak bawak and dah la berbelas bukit yg nak kena daki. Anyway, ada rasa bangga sikit walaupun dengan segala cabaran yg dpt pada kayuhan semalam tuh, berjaya menamatkan kayuhan sehingga garisan akhir. kalo tak wa malu wooooo.. mana mau letak ini muka kat budak2 ECT. wakakaka

More of pics please click here

Secure betul2. nak amik lap takde laa risauuuu.
Toto n bantal. Tido lam kete. sepppppppppp.

sudah dekat dah nih.. selepas exit tol kulai.. 4 jam perjalanan dari KL dgn merempit sesuka hati.


Taman rekreasi Hutan Bandar pada waktu mlm... cantik... bersih sungguh tempat nih nyamuk sekor pun aku tak jumpa.. ajaib sungguh.


Sungguh selesa beb.. aku tak tipu... dah la sejukkkk... nyamuk pun takde..  sleep like a baby. i lap u exora.
My morning breakfast before the event. tenaga tenaga.






ni dah nak dekat CP1. kat sini ler tayar aku pancit.
WTF! mana pegi nut QR??!!!!!!
ngan marshall motocross pun tolong cari nut QR aku.. still tak jumpa.. dah mcm crime scene aku nengok. maceh bro2 semua. jasa mu ku kenang. tapi masa kat CP1 tuh finally ada la sorang rider yg tarik diri. pinjam nut Qr dia and trus pecut. tapi aku kiranya kena start last balik. huhuhuhuh... giler demoralized time nih.. dah la 30 minit spend masa kat sini.. tapi pengalaman la.
CP2.. ramai lak yg nak tarik diri time nih.. buleh pilih mcm2 jenis nut dah time nih kalo nak diikutkan hati... haduiiii. kayuh tetap kayuh. walaupun kaki dah start cramp dari km12 dek kerana nak kejar yg depan momentum kayuhan hilang beserta 1/2 jam dok tunggu kat CP1. urat dah sejuk.
Finally aku berjaya menamatkan kayuhan sejauh 45km. dapat tempat 388. ok la tuh. ngan kaki cramp. Dari CP2 ke CP4 aku tak amik gbr sbb dah demoralized. ingatkan dpt tempat 500++. 388 kira aku puas hati gak la.

tempat ke 388. check point semua tagged!

Dpt medal lagi saper2 yg habiskan route.
should be 45km. tapi masa tayar pancit tuh aku lupa nak realign balik masa tuh dah kayuh sejauh 2km.
ni la brader yg bagi pinjam dia nyer nut QR. thanks bro. sampai2 kat finish line aku trus gi hantar nut tu balik kat dia.
Gbr kenangan sblm berangkat pulang ke KL. perjalanan masih jauh. betis aku dah mula mengeras time nih. adehhhh.

beskal ku, jom kita balik KL!

Sekiammm!!





No comments:

Post a Comment